Selasa, 15 Disember 2009

CINTA ILAHI DAN CINTA INSANI



"Utamakan cinta Allah SWT daripada cinta sesama manusia. Cinta itu terbahagi lima :

­Cinta manusia kepada Tuhannya
­Cinta manusia kepada dirinya
­Cinta kepada orang kerana kecantikannya
­ Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya
­ Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya
(Kata² Hukama')



Cuba kita renungkan senandung Tokoh Wanita Sufi, Rabiatul Adawiyah. Moga kata ucapnya yang t'susun indah akan m'jadi pedoman utk kita semua...

"Aku mencintai-Mu oh Tuhan tercinta,
Dengan cinta yang penuh kesenangan,
Kerana Engkaulah yang layak untuk itu,
Adapun cinta hawa,
Maka aku sibuk mengingati-Mu,
Daripada yang lain,
Dan yang menjadi kelayakan-Mu,
Ku harap kau bukan tabir untukku,
Hingga aku dapat memandang-Mu,
Maka ujian dalam hal ini dan itu,
Bukan untukku,
Melainkan hanya untuk-Mu..."

Bagaimana kita hendak menuju "Cinta Yang Hakiki"..sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang beriman...hamba-Nya yang melaksanakan tuntutan-Nya seraya meninggalkan larangan-Nya...dan menjadi umat yang menyerahkan diri kita ke hadrat Rabb Al-Jalil di samping mengamalkan Islam sebagai cara hidup...

Hanya taqwa yg menjadi nilaian samada kita er'jaya mengejar cinta-Nya ataupun kita masih berada di dalam pencarian...

Cinta Muslim: Cinta Islamik?

Istilah cinta seringkali disempitkan penggunaannya oleh masyarakat kita. Apabila terpacul kalimah hikmat tersebut, maka akan terbayanglah di fikiran kita hubungan sesama manusia di antara lelaki dan perempuan. Seharusnya kita sedar bahawa perbincangan megenai cinta itu terlalu luas, dan pecahan pada cinta itu sendiri terlalu banyak.

Dan semestinya cinta yang selayaknya diletakkan di kedudukan yang tertinggi adalah cinta hamba kepada Rabb Al-Jalil. Cinta inilah yang perlu didambai dahulu sebelum kita sibuk mengejar cinta selainnya. Artikel ini dipetik dari blog Ust. Amin

Ingin ana mengingatkan kepada semua (termasuklah diri ana sendiri), sebelum berkasih-kasihan sesama manusia dengan menegaskan bahawa diri kita benar² terkawal dengan syariat-Nya, cermin diri kita dahulu adakah kita mampu melaksanakan apa yang kita tegaskan itu. Jangan jadi orang² yang dimurkai Allah SWT, sebagaiman firman-Nya :

"Hai orang² yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat ? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa² yang tiada kamu kerjakan..." (As-Shaff : 2-3)

Kita kata kita mampu bercinta tanpa melanggar adab dan tatacara Islam. Kalau sememangnya kita mampu untuk laksanakannya, silakan. Tetapi sekiranya kita masih ragu² samada kita mampu memelihara diri kita atau tidak, tak perlulah nak sibuk-sibukkan diri dahulu. Mengaji dahulu hingga habis tentang adab pergaulan antara lelaki dan perempuan...

Inilah berdasarkan pemerhatian ana, pada mulanya berniat ikhlas untuk bercinta dengan hasrat untuk m'jaganya dari sebarang noda dosa. Jangan lupa, iblis laknatuLlah sentiasa berada di sisi kita untuk 'mencucuk' kita dan seringkali kita 'terkena' dengan 'cucukan' itu...

Dari inilah terbit dosa² natijah dari hubungan percintaan sebelum kahwin. Niat asal dah mula lari. Pada mulanya bercinta liLlahi Ta'ala, tetapi akhirnya niat itu t'babas dan seterusnya menyumbang dosa pada diri pelaku itu sendiri...

Kesimpulannya, sekiranya kita merasakan bahawa diri kita ini masih belum lengkap dengan perisai Iman dan Islam untuk menangkis serangan godaan² syaitan, maka tinggalkanlah. Tidak perlu dikejar cinta yang lahir kerna dunia semata, kerana Yang Maha Pemberi Cinta pasti akan menemukan kita dengan cinta sejati seandainya kita terus patuh menghadap kepada-Nya...

Sekilas pandangan dari hamba-Nya yang dhaif...

Moga kita semua akan ditemukan dengan cinta-Nya yang Maha Agung...amin... Bersamalah kita berusaha untuk menggapai hasrat dan tujuan utama kita dihidupkan di muka bumi Allah ini sebagai khalifatulardh, insyaAllah...

Allahu Ta'ala a'lam...

Khamis, 10 Disember 2009

PENCEMARAN CINTA

Perkataan cinta hari ini menjadi kotor kerana kita menggunakannya dengan cara salah. Cinta sudah dimurahkan dan dipermudah melalui budaya luar yang melanda masyarakat kita yang terbit dari bisikan hawa nafsu. Cinta yang asalnya murni, kini kerap kali dikait dengan cara mendapatkan kepuasan jasad. Jangan kecundangkan cinta murni suci dengan hawa nafsu. Ramai anak muda hari ini memperalatkan nafsu atas nama cinta. Tujuannya hanya untuk mengambil kesempatan. Habis madu, sepah dibuang. Mangsanya ialah anak-anak gadis yang jujur dalam mencari ‘cinta sejati’. Berhati-hatilah, kerana takrif cinta bagi lelaki ada kalanya bersalut nafsu, sementara takrif cinta wanita bagi wanita pula ialah keinginan untuk dicintai dan mendapatkan perlindungan. Pasti kedua takrif ini selamanya akan disalah ertikan. Justeru, tidak hairan hari ini ramai menjadi mangsa cinta plastik. Akibatnya ialah penyesalan yang terpaksa ditanggung oleh diri sendiri, ibu bapa dan keluarga selama-lamanya.

Cinta yang dibina berasaskan panduan Syariat boleh memelihara kemuliaan diri wanita dan menyelamatkan lelaki dari menjelma menjadi haiwan pemangsa yang rakus. Cinta yang dibina atas kecantikan, akan hilang bila kecantikan itu luntur. Cinta yang dibina atas asas ketampanan dan kekayaan akan melayang apabila ketampanan dan kekayaan itu lebur. Cinta yang berkekalan ialah yang dibina di atas asas-asas yang kekal. Yang kekal itu maknawi, bukan fizikal. Cinta yang berkekalan di bina di atas nilai agama dan akhlak yang mulia. Ciri-ciri agama dan akhlak perlu dijadikan keutamaan. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Pilihlah yang mempunyai akhlak dan agama, kamu akan berbahagia.” Lihatlah pada mereka yang sudah berumah tangga berpuluh tahun, bagaimana mereka saling cinta dan mencintai antara satu dengan lain. Cinta yang murni itu indah. Ia membawa kepada cinta Allah yang hakiki. Cinta Allah itu adalah kemuncak segala keindahan rasa yang pernah di kecapi oleh manusia. Alangkah indahnya jika umat ini balik ke pangkal jalan, setelah sesat dalam cinta palsu yang tiada kesudahan.

Rata-rata manusia telah melupakan aspek cinta dalam hubungan dia dengan Allah SWT termasuk bagi mereka yang menunaikan solat. Hablum Minannas dan Hablum Minallah adalah konsep yang berakar umbi dari perkara cinta. Perhubungan apakah yang paling rapat sesama manusia, jika tidak melalui perhubungan cinta? Dari cinta lahirnya kasih sayang. Kasih sayang itu adalah hasil dalam menterjemahkan perasaan cinta. Kerana cinta Allah maka dia sayang dan sentiasa memberi kita rezeki walaupun tanpa diminta. Belas kasihan itu datangnya dari perasaan cinta. Kenikmatan cinta tidak boleh di beli dengan wang ringgit.

Kita mudah sangat jatuh cinta pada dunia yang bergemerlapan ini. Kita tidak dilarang untuk menimba dan menikmati kebaikan dari dunia ini. Ia adalah suatu tanggungjawab kita di bumi Allah ini. Yang salah ialah apabila kita terlalu cinta pada dunia sehingga melupakan sumber kebahagiaan yang hakiki itu. Tanggung jawab kita adalah untuk menghidupkan agama-Nya supaya kehidupan kita itu makmur.

Memang tidak dinafikan, kadang-kadang ada kesulitan dalam memahami cinta Allah sebab ia tinggi. Pasti seseorang pernah rindukan Mekah, merindui Rasulullah, merindui ibu bapa, guru, ulama yang soleh dan lain-lain yang seumpama itu bukan? Maka, kategori cinta yang seperti inilah yang menjadi anak tangga pertama menuju cinta Allah. Tidak akan ada cinta Kaabah, melainkan sebenarnya kita menyintai Pemilik Kaabah. Tidak kita cintakan Rasulullah, melainkan sebenarnya kita cintakan Allah SWT. Begitulah analogi seterusnya dalam memahami cara menuju cinta Allah SWT. Justeru, jalan menuju peningkatan cinta antara yang terpenting ialah melalui solat hamba kepada Penciptanya.

Kerana kita cinta maka kita harus membina tamadun yang berjaya. Dan tamadun ini mestilah berasaskan ajaran Islam yang diajarkan kepada kita oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada larangan untuk kita berjaya dan tidak ada sekatan untuk kita nikmati kejayaan kita itu. Hanya kita dilarang dari berhenti mencintai Yang Maha Esa, demi kebaikan kita juga. Justeru, ada baiknya kita memulakan langkah untuk mencari cinta Allah ini melalui solat. Semoga kita berjaya meraih cinta Allah SWT suatu hari nanti, sebagaimana inti sari yang terkandung di dalam doa Rasulullah s.a.w., “Ya Allah, kurniakanlah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai dari air sejuk bagi orang yang kehausan.” Wallahu A’lam.

MEREKA YANG MATI DALAM HUSNUL KHATIMAH

صور ( حسن الخاتمه ) نسأل الله من فضله

1-GAMBAR PERTAMA JEMAAH HAJI YANG MENINGGAL DALAM KEADAAN MENGANGKAT TANGAN BERDOA KEPADA ALLAH.

2-GAMBAR KEDUA MATI DALAM KEADAAN SUJUD DI MASJID NABAWI MADINAH MUNAWWARAH.

3-MANGSA GEMPA BUMI YANG MATI DALAM KEADAAN MEMEGANG TASBIH.

4-MENINGGAL DAN JARI TELUNJUK MASIH BERTASHUD KEPADA ALLAH.

5-MATI DIBUNUH OLEH TENTERA ISRAEL DI PALESTIN DALAM KEADAAN BIBIR MENGUKIR SENYUMAN DAN MATA YANG PENUH KEYAKINAN KEPADA ALLAH. SEOLAH-OLAH PEMERGIANNYA ADALAH TANPA TANGISAN TETAPI PENUH DENGAN TAWARAN KEMEWAHAN PAHALA DARI ALLAH.

6-TANGAN BERPEGANGAN ERAT SEOLAH BERPESAN ” BERPEGANG TEGUHLAH KEPADA AGAMA ALLAH “.

7-MATI SEMASA BERJUANG DAN KENDERAANNYA TERBALIK TETAPI DIA TETAP BERTASHUD KEPADA ALLAH. RAMAI ORANG MALAYSIA MATI TETAPI DIULIK LAGU-LAGU SYAITAN.

8-SEORANG LELAKI YNAG TELAH MENINGGAL TETAPI JARI TELUNJUK MASIH BERTASHUD KEPADA ALLAH..

YA ALLAH JADIKANLAH DAKU SEPERTI MEREKA INI….

MATI YANG HUSNUL KHATIMAH.

Selasa, 8 Disember 2009

Ummah Perlu Berjuang Martabatkan Islam

Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya
Juanda@msu.edu.my

nurture375_7i59.jpg

Semangat hijrah seru Muslim bangun, bela, lindung negeri daripada sebarang anasir jahat

ALLAH menjadikan hijrah Rasulullah SAW sebagai mercu sejarah yang amat bermakna untuk dijadikan panduan bagi umat Islam hingga akhir zaman. Hijrah bukan hanya bermakna menghindar daripada seksaan, fitnah, caci maki dan ancaman bunuh semata-mata, malah ia satu strategi mendirikan masyarakat baru dalam negeri yang aman.

Oleh itu, menerusi semangat hijrah, setiap Muslim wajib berperanan membangun negerinya, melindungi dan membela daripada sebarang anasir jahat. Umat Islam kini sewajarnya mempelajari strategi pembangunan umat di Madinah pasca hijrah dengan meneladani perjuangan Rasulullah SAW.

Mula-mula Baginda SAW melakukan penjenamaan semula terhadap nama negeri yang menjadi asas pembentukan negara Islam pertama iaitu Yathrib diganti dengan al-Madinah al-Munawwarah. Hal itu menunjukkan kebijaksanaan politik yang terserlah daripada keperibadian Rasulullah SAW.

Nama negara Islam yang baru seolah-olah mahu menunjukkan satu kedaulatan baru sudah terbentuk di Madinah, sebuah negara baru yang mahu diiktiraf oleh seluruh kabilah di sekitarnya.

Rasulullah SAW sudah memerdekakan umat Islam dengan terbentuknya negara Madinah yang menjadi milik semua kaum tanpa memilih apakah bangsa dan agama mereka, adakah dia pendatang atau orang asli suatu negeri.

Bukankah puak Aus dan Khazraj, kaum Nasrani dan Yahudi juga diiktiraf sebagai warga negara yang dilindungi undang-undang di bawah kedaulatan negara Islam Madinah? Bahkan Rasulullah SAW melarang sesiapapun menyakiti kafir zimmi.

Selepas berdirinya kedaulatan baru, maka kekuatan politik Madinah diperkuat dengan terbentuknya persefahaman antara semua pemimpin kaum di Madinah dengan menyetujui butir-butir perjanjian yang dinamakan ‘Piagam Madinah’.

Kematangan politik sahabat yang dipimpin Rasulullah SAW semakin terserlah apabila mereka menjaga kepentingan semua kaum, salah satu terma perjanjian dalam Piagam Madinah itu bahkan menyebut bahawa: “Semua warga negara memiliki persamaan hak dan kewajipan, hubungan mereka didasari dengan semangat persaudaraan dan keadilan.”

Kemudian piagam ini juga menyetujui mengenai hak kaum Yahudi secara terperinci, ia berbunyi: “Orang Yahudi yang menyatakan kesetiaan kepada umat Islam harus dilindungi, mereka tidak boleh dianiaya dan diperangi.”

Piagam Madinah pada tahun pertama hijrah (bersamaan 622 masihi) adalah dokumen politik Islam pertama yang dipersetujui oleh pemimpin kaum sejak 14 abad silam. Mereka boleh bersatu dan jujur dalam perhubungan antara kaum itu.

Persaudaraan adalah konsep asasi dalam tamadun Islam kerana semangat persaudaraan yang diperkenalkan Islam tidak pernah membeza-bezakan bangsa dan kepercayaan semua kaum. Mereka boleh bersatu dalam satu perjanjian yang jujur dengan menjunjung nilai akhlak tinggi.

Islam sudah memulakan persamaan dan keadilan dalam menyatukan manusia jauh lebih awal sebelum terjadinya Revolusi Perancis yang pernah menyuarakan ungkapan ‘Liberte, Eligate, Fraternite’ (kebebasan, persamaan dan persaudaraan).

Tetapi, sejarah merakamkan perbuatan khianat orang munafik dan puak Yahudi yang melanggar perjanjian itu. Mereka melakukan tipu daya jahat hendak menghancurkan Islam dengan pelbagai cara. Konflik yang terjadi akibat pengkhianatan mereka semakin membesar sehingga mencetuskan tiga peperangan yang terkenal iaitu perang Badar (tahun kedua Hijrah/623 Masihi), perang Uhud (tahun ketiga Hijrah/625 Masihi) dan perang Khandak (tahun kelima Hijrah/627 Masihi).

Pada peperangan Badar, 70 tawanan berhasil ditangkap dan mereka boleh membebaskan diri dengan syarat setiap orang mengajar 10 orang Islam, akhirnya 700 orang Islam dapat dibebaskan daripada buta huruf.

Hal ini menunjukkan bahawa negara Islam Madinah juga menumpukan urusan pendidikan di samping kekuatan ekonomi juga diberi perhatian. Orang Ansar terkenal dengan sistem pertanian yang menonjol dan kaum Muhajirin pula adalah peniaga yang berjaya hingga melakukan transaksi jual beli hingga ke luar negara.

Sumber pendapatan negara pula bergantung dengan pengutipan dan pembahagian harta rampasan perang, jizyah, pajak sewa tanah ke atas orang Yahudi yang kalah dalam peperangan dan sedekah, pendapatan daripada hasil pembayaran tawanan perang dan kutipan zakat. Pada tahun kedua Hijrah diwajibkan pengambilan zakat oleh negara untuk dibahagikan kepada yang berhak menerimanya.

Sekali lagi, kekuatan politik baru negara Islam Madinah semakin menakutkan musuhnya ketika Rasulullah SAW melakukan satu lagi kebijaksanaan politik yang memaksa kaum Quraisy mengakui kedaulatan Islam di Madinah.

Pada tahun keenam Hijrah, selepas kekuatan Islam terbina dengan kukuh, Rasulullah SAW mengumpulkan sebanyak-banyaknya kaum Muslimin bukan hanya penduduk Madinah bahkan seluruh kaum dan puak lain di sekitarnya yang memeluk Islam melakukan umrah ke Makkah.

Rasulullah SAW datang bukan untuk berperang, Baginda hanya mahu menunjukkan kekuatan Islam. Hal itu menakutkan orang Quraisy dan mereka akhirnya mahu melakukan perundingan damai, maka terjadilah perundingan Hudaibiyah yang terkenal itu.

Kejayaan diplomasi itu memperkukuh politik negara Islam Madinah, walaupun pada permulaannya sahabat ramai yang tidak bersetuju dengan isi perjanjian itu. Akhirnya mereka melihat bahawa ketajaman dan kehalusan perancangan Rasulullah SAW tidak dapat difahami oleh akal fikiran mereka.

Hal itu menunjukkan bahawa kebijaksanaan Rasulullah SAW dikawal oleh wahyu, arahan dari langit. Keuntungan diperoleh daripada perjanjian Hudaibiyah ini dapat disenaraikan sebagai berikut:

  • Kedua belah pihak mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. Sahabat yang berkekuatan melebihi kekuatan orang kafir waktu itu tentu berasa dirugikan. Tetapi akhirnya mereka boleh membuka mata dengan perjanjian pertama itu kerana Rasulullah SAW tidak mahu pertumpahan darah berlaku serta merugikan kedua-dua pihak.

Di samping itu, dengan perdamaian berkenaan Rasulullah SAW boleh menumpukan perhatian kepada pembangunan Madinah dan dakwah ke luar negara, di mana diadakan hubungan dua hala antara Madinah dengan sejumlah kuasa besar ketika itu seperti penguasa Najasyi, penguasa Rom, Kaisar Hercules dan Mauqaqis yang pernah menghadiahkan Mariah Qibtiyah kepada Rasulullah SAW.

Ketiga-tiganya menyambut baik hubungan dua hala dengan Madinah. Umat Islam juga tidak berasa khuatir dengan gangguan kaum Quraisy lagi kerana mereka terikat oleh perjanjian gencatan senjata berkenaan.

  • Sesiapa dari golongan Quraisy yang lari kepada Muhammad SAW harus dikembalikan dan sesiapa pengikut Muhammad SAW yang lari tidak boleh dikembalikan.

Melihat isi perjanjian yang kedua itu seakan-akan berat sebelah, tetapi Rasulullah SAW sudah pun memikirkannya dengan begitu cermat. Tidak akan ada orang Islam Madinah yang murtad dan lari kerana iman mereka sudah teruji, bahkan jika ada yang murtad, maka mereka itu adalah pengkhianat kepada Islam dan Islam tidak memerlukan mereka.

Orang yang murtad pun jika dikekalkan hidup dalam masyarakat Muslim akan membahayakan orang Islam kerana boleh jadi mereka akan jadi musuh dalam selimut. Jadi, adalah lebih baik jika mereka dibiarkan lari daripada kuasa Islam.

Bagi orang yang mahu bergabung dengan Islam tetapi dikembalikan kepada kaum Quraisy memang menimbulkan kesedihan di hati keluarga mereka yang lebih dulu berhijrah. Mereka tidak boleh menolong ahli keluarga yang mahu berhijrah selepas itu.

Tetapi, orang Islam yang terikat di Makkah tanpa dapat melarikan diri ini akhirnya berkumpul dalam satu kumpulan di suatu tempat dan melakukan gangguan kepada kafilah dagang kaum Quraisy yang Muhammad SAW bebas mengadakan hubungan dua hala dengan kuasa besar di mana saja dan begitu juga Quraisy boleh melakukan hubungan sebegitu. Hal ini jelas menguntungkan Islam kerana Rasulullah SAW bebas melakukan dakwah kepada siapapun tanpa gangguan Quraisy.

Pada waktu itu ada beberapa kerajaan yang melakukan hubungan diplomatik dengan Madinah. Rasulullah SAW pula mengirim utusannya ke Rom, Persia, Ghassan, Yaman, Mesir dan Habsyah. Ada yang menerima baik hubungan itu dan masuk Islam tetapi ada juga yang menolak dan melancarkan permusuhan hingga memerangi umat Islam.

Akhirnya, sebelum genap 10 tahun lagi orang kafir Quraisy berasakan kerugian daripada persetujuan mereka dalam perjanjian itu. Banyak keuntungan yang diperoleh kaum Muslimin dengan perancangan politik begitu teliti dan bijak itu.

Ini semua bermula daripada hijrah yang membawa sinar cerah bagi masa depan Islam. Hijrah bukan bermakna mahu menumpang hidup dan menyusahkan orang lain, tetapi Rasulullah SAW dan sahabat menjadi orang yang memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat baru, membina kematangan politik dan berperanan dalam menyampaikan dakwah Islam ke merata dunia.

Adakah perjuangan kita hari ini adalah satu mata rantai yang sama dengan mereka? Itu bergantung sikap dan sifat perjuangan yang kita jalani, adakah mengikut sunnah Rasulullah SAW demi mendaulatkan agama Allah di mata dunia? Atau ramai yang sudah silau dengan godaan dunia?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Beribadah pada saat-saat huru-hara (dunia kacau-bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Beribadahlah dengan cara berjuang memartabatkan Islam di mata dunia, inilah hijrah sebenar umat Islam hari ini.

Jumaat, 4 Disember 2009

Pesanan Imam Ghazali

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat di dunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..A

Rabu, 25 November 2009

Pemimpin yang dijanjikan dalam kilasan Islam

Pemimpin yang dijanjikan dalam kilasan sejarah Islam

Kemenangan dan kejayaan umat Islam selalu dimulai dari lahirnya seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan. Dalam sejarah agama Islam, Dalam sejarah Umat Islam beberapa kali Allah menjanjikan adanya kemenangan umat Islam di bawah seorang pemimpin, dan beberapa janji itu telah terwujud. Salah satu diantaranya adalah jatuhnya Konstantinopel kepada umat Islam. Rasulullah SAW bersabda :

hadis tentang mujaddid setiap awal kurun

Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang pemimpin yang baik lagi beragama, (tentaranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyatnya) tidak menipu dan tidak bergaul bebas (Riwayat Abu Dawud)

Mengenai pemimpin di akhir zaman, Rasulullah SAW bersabda

:hadis imam mahdi

Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. " (Riwayat Ahmad)

Daripada Al Hassan, bahwasanya Nabi menyebut akan bala yang menimpa keluarganya sehinggalah ALLAH mengutus Panji Panji Hitam dari Timur, barangsiapa yang menolongnya, ALLAH akan menolongnya dan barangsiapa yang menghinanya ALLAH akan menghinanya, hinggalah mereka itu mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti namaku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka ALLAH pun membantu dan menolongnya

hadis panji panji hitam imam mahdi

Dari Abdullah Bin Mas’Ud dia berkata : Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW tiba tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah Baginda berubah. Aku pun bertanya,”Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “kami ahlul bait telah ALLAH pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa bersama sama mereka panji panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi oleh kedurjanaan. Barangsiapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun merangkak diatas salju. Sesungguhnya dia adalah AL MAHDI . (Sunan at-Tarmizi, Jilid 9; Sunan Abu Daud, Jilid 5).

Nabi SAW bersabda:

"Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya al-Mahdi (iaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu cuma tinggal sehari sahaja. Dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di atas muka bumi ini dan menghapuskan kezaliman dan penindasan." (Musnad Ahmad Ibnu Hanbal, Jilid 1)

Telah jelas di beberapa hadist di atas bahwa aktor kebangkitan Islam kedua tak lain adalah Imam Mahdi atau Muhammad bin Abdullah kedua. Dialah orang yang paling ditakuti musuh-musuh Islam di akhir zaman. Imam Mahdi adalah seorang laki-laki yang ciri-cirinya telah diberi tahu oleh Rasulullah SAW. Namanya seperti nam Rasulullah, nama ayahnya seperti nama Ayah Rasulullah dan dia adalah keturunan Rasulullah SAW. Jadi ciri-ciri ini adalah jelas, Namanya adalah Muhammad Bin Abdullah, bukan Muhammad bin fulan atau bin yang lain. Imam Mahdi akan mendapatkan pemerintahan dalam semalam. Tetapi sebelumnya ada seorang tokoh lagi yang mempersiapkan tapak bagi Imam Mahdi. Tokoh ini adalah tangan kanan Imam Mahdi yang nanti akan memberikan kekuasaan yang telah didapatkannya hanya dalam semalam kepada Imam Mahdi. Tokoh yang jarang disebutkan ini adalah Putera Bani Tamim atau Pemuda Bani Tamim atau Al Mansyur atau Sueb bin Shaleh atau Fata At Tamimi. Dia datang dari Timur dan dia lah pembawa panji-panji hitam. Tentang Putera Bani Tamim ini jarang dibahas karena hadist-hadist mengenai tokoh ini sudah banyak di hancurkan oleh musuh terutama saat penyerangan Mongol kepada Umat Islam.

Namun, siapa saja yang mendengar tentang Putera Bani Tamim, Rasulullah meminta kita untuk mendatanginya walapun merangkak diatas salju. Karena pada dialah panji-panji Al Mahdi ada, pada dialah kunci-kunci tapak kebangkitan Islam kedua sebelum diserahkan kepada Imam Mahdi. Pemuda Bani Tamim datang dari Timur. Banyak ulama-ulama muntabar yang menyatakan Timur yang dimaksud adalah Asia Tenggara. Pemuda Bani Tamim akan mendapatkan kekuasaan atau sebuah pemerintahan di Timur. Selanjutnya kekuasaan itu akan diserahkan kepada Imam Madi atau Muhammad bin Abdullah kedua.

Jika begitu, bagaimana sikap kita sebagai umat Islam di Timur yang berada di akhir zaman? Carilah Fata At Tamimi, karena hanya pada dialah kunci-kunci Al Mahdi berada.

Hadist-hadist tentang Imam Mahdi adalah mutawatir maknawi. Banyak yang menyebutkan, dan juga ada di kitab-kitab ulama-ulama muktabar. Beberapa diantaranya sebagai referensi disebutkan di bawah ini :

  1. Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’ ul-Khalq wa Nuzul Isa, Jilid 4.
  2. Imam Muslim, Sahih Muslim, Jilid 1, Jilid 2, Bab Nuzul Isa, Bab 1
  3. Imam Abu Daud, Sunan Abu Daud, Jilid 2, Jilid 3 & Jilid 5.
  4. Imam at-Tarmizi, Sahih at-Tarmizi, Jilid 2, Jilid 9.
  5. Imam Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, Jilid 2.
  6. Imam Ahmad bin Hanbal, Musnad Imam Ahmad, Jilid 1 & Jilid 3.
  7. Imam an-Nasaie, Sunan an-Nasaie.
  8. Imam Al-Hakim, Mustadrak as-Sahihain, Jilid 4.
  9. Imam Ibnu Hajar al-Haitami, As-Sawa’iqul Muhriqah.
  10. Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Al-Qaulul Mukhtasar fi Alamatil Mahdiyul Muntazar.
  11. Imam Ibnu Tawus, Kitabul Malahim wal Fitan.
  12. Imam at-Tabrani, Al-Majma’.
  13. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, Jilid 7.
  14. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Tahzibus Sabit, Jilid 9.
  15. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, Jilid 7.
  16. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Nuzhatun Nazar.
  17. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Lisanul Mizan, Jilid 1.
  18. Ibnu Sabbagh al-Maliki, Al-Fusulul Muhimmah, Jilid 12.
  19. Imam Mahyuddin Ibnu Arabi al-Hatimi, Al-Futuhatul Makkiyah.
  20. Fathul Muhimmah (edisi kedua).
  21. Futuhatul Islamiyah, (edisi Makkah) Jilid 2.
  22. Imam As-Suyuti, Kitab Al-Hawi Lil Fatawa, Jilid 2.
  23. Imam As-Suyuti, Al-Urful Wardi.
  24. Imam As-Suyuti, Alamat Qiyamat.
  25. Imam As-Suyuti, Al-Jami’us Saghir.
  26. Imam As-Syakrani, Tanbihul Mughtarrin.
  27. Ibnu Asir, Kamilut Tawarikh, Jilid 1.
  28. Al-Yaaqubi, Tarikh, Jilid 3.
  29. Imam Syamsuddin Abu Abdillah al-Ansari Al-Qurtubi, At-Tazkirah Fi Ahwalul Mauta wa
  30. Ahwalul Akhirah.
  31. Imam Al-Baihaqi, Sunanul Kubra.
  32. Ibnu Asakir, Tarikh, Jilid 4.
  33. Imam at-Tabari, Tarikhul Umam Wal Muluk (Tarikh at-Tabari), Jilid 7.
  34. Imam Ibnu Kasir, Alamat Yaumul Qiyamah.
  35. Imam As-Sakhawi, Fathul Mughith, Jilid 3.
  36. Imam Az-Zurqani, Syarhul Mawahibul Ladunniyyah, Jilid 5.
  37. Imam Ali bin Abu Bakar al-Haitami, Majma’ul Zawaid (ed. Kaherah), Jilid 7.
  38. Said Muhammad Hasan, Al-Mahdiyah fil Islam (Kaherah, 1373H).
  39. Kanzul Ummal, Jilid 7.
  40. Al-Hafiz Abu Nuaim, Aqdud Durar Fi Akhbaril Mahdiyul Muntazar, Jilid 12, Bab 1.
  41. Kanji As-Syafie, Al-Bayan fi Akhbar Sahibuz Zaman, Bab 12.
  42. Ubaidallah Hindi Hanafi, Arjahul Matalib.
  43. Imam Abu Bakar al-Iskafi, Fawa’idul Akhbar.
  44. Imam Abu Bakar al-Iskafi, ‘Aqdud Durar fi Akhbaril Muntazar.
  45. Muhammad Taisir Zibyan, Ahlul Kahfi.
  46. Abul Fadhal Abdullah bin as-Siddiq al-Husaini al-Idrisi al-Maliki, Ph.D., Al-Mahdiyul Muntazar.
  47. Syeikh Osman Jalaluddin, Ad-Durratun Nafi’ah fi Isyaratus Sa’ah, Bahagian 1 & 2.
  48. Pehin Datu Seri Maharaja Dato’ Seri Utama Sahibul Fadhilah Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Ringkasan Akidah Ahli Sunnah wal Jemaah.
  49. Yusuf bin Yahya bin Ali bin Abdul Aziz al-Maqdisi asy-Syafie as-Sullami, Aqdud Durar fi Akhbaril Muntazar.
  50. Mustaffa Suhaimi, Al Mahdi Nama Yang Paling Dipertikai dan Sering Dieksploit Sepanjang Sejarah Umat Islam.
  51. Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Siapa Mujaddid Kurun Kelima Belas?
  52. Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam, Sekaligus Menjawab Tuduhan.
  53. Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Berhati-hati Membuat Tuduhan.
  54. HM Thalib Lubis, Imam Mahadi.
  55. Muhammad Labib Ahmad, Siapa Imam Mahadi?
  56. Ibnu Khaldun, al-Muqaddimah (edisi Kaherah).
  57. Ahmad Thompson, Dajjal, The King Who Has No Clothes.
  58. Muhammad As-Saban, As’afur Raghibin.
  59. Shablanji, Nurul Absar.
  60. Allamah Ahmad bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Husni, Abrazul Waham al-Maknun.
  61. Imam Nuaim bin Hammad, Al-Fitan.
  62. Ahmad bin Jaafar bin Al-Munadi, Kitabul Malahim.
  63. Hamud bin Abdullah at-Tuwaijiri, Al-Ihtijaj bil Asar ‘Ala Man Ankaral Mahdiyul Muntazar.
  64. BAHEIS, JPM Malaysia, Mastika Hadis (Jilid 1).

Hati Seorang Mukmin

Hati Seorang Mukmin

Bencana lahiriah yang mudah dilihat dan dirasakan oleh bangsa ini terus saja terjadi silih berganti. Bagi orang beriman bencana lahiriah seperti ini merupakan hal yang positif karena dapat menghapuskan dosa dan meningkatkan derajatnya di sisi Allah. Bagi orang mukmin yang durhaka, bencana merupakan peringatan yang diberikan atas dasar kasihsayang Allah sebelum kedurhakaan mereka itu menjerumuskan mereka ke neraka yang kekal. Dengan adanya peringatan ini orang mukmin yang durhaka bisa kepada Allah. Dengan teguran ini, mukmin yang durhaka diharapkan kembali taat kepada peraturan Allah yang selama ini diabaikan bahkan dilanggar.

Pertanyaannya, apakah kita termasuk dalam golongan orang yang beriman?

Sabda Rasulullah: "Iman ialah mengenal dengan hati diucapkan dengan lidah dan mengamalkan dengan perbuatan”(At Tabrani)

Jadi, yang berperan penting dalam iman ini adalah pengenalan dengan hati. Ucapan dan perbuatan hanyalah mengikuti saja. Semua orang bisa mengucapkan dua kalimat syahadat, sholat, puasa, haji, sedekah, dan banyak lagi amal. Akan tetapi, mengucapkan syahadat dan amal perbuatan itu tidak mengesahkan bahwa seseorang itu beriman. Ia baru dikatakan Islam saja. Iman itu adalah apa yang ada di dalam hati.

“Orang Arab Badwi itu berkata, ’Kami telah beriman’. Katakanlah (pada mereka), ‘Kamu belum beriman’. Tetapi kamu katakan, ‘Kami telah tunduk (Islam)’, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Hujurat: 14).

Karena iman adalah sesuatu yang ada di dalam hati, maka kita perlu mengenal hati kita. Karena tanpa mengenal hati, kita tidak bisa mendidik hati. Hati (sebutan ketika ruh merasa) adalah hakikat kejadian manusia, karena itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang terjadi, didengar, dilihat dan dirasa. Sehingga ia menentukan sikap manusia baik positif atau negatif. Memang hakikat penciptaan hati oleh Allah adalah suatu yang Maha Ajaib. Kecepatan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada terbatas. Hati atau ruh ini tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Ruh berpindah ke alam barzakh dan seterusnya ke akhirat.

Itulah dia hati manusia.Hati manusia berbeda dengan hati hewan, karena hati manusia bisa menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati hewan tidak bersifat demikian; ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. jika jahat daging itu, jahatlah manusia Ketahuilah itulah hati”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hati bisa baik dan bisa jahat. Rasa senang apabila ia dipuji. Rasa menderita apabila dicaci. Rasa riya’ dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan. Rasa ujub apabila mempunyai kemampuan. Rasa inferiority complex apabila dia mempunyai kekurangan. Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa, ada ilmu, ada kekayaan atau ada kekuatan. Rasa marah apabila diejek dan dihina. Rasa tidak senang (hasad) apabila melihat orang lain lebih. Rasa dendam apabila orang menganiayainya. Simpati dengan orang susah. Rasa keluhkesah apabila dapat susah. Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong. Rasa gemetar apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan. Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah gelombang hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai rasa dengan sendiri nya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Ada rasa yang jahat dan ada yang baik. Perasaan itu kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia.

Ahad, 22 November 2009

Rabiatul Adawaiyah dan Tingkat Ibadah


Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:

Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.

“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.

“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”

Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”


“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”

Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.

Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:

1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.
3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini? Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pertama kali saya membaca kisahnya, pening kepala. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.

Wallahu ’alam..
(Rujukan : Rabiatul Adawiyah & Cinta; Abdul Mun’im Qindil; Pustaka Syuhada)

Khamis, 19 November 2009

Berikut ini adalah beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh :

Berikut ini aadalah beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh :

  • Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, karena kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita karena dia sudah lama beribadat.
  • Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita karena banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  • Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita karena mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  • Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia karena mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
  • Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahwa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Munajat Para Pecinta Allah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

(1) Ilahi
Apakah orang yang t’lah mencicipi manisnya cinta-Mu
akan menginginkan pengganti selain-Mu
Apakah orang yang t’lah bersanding di samping-Mu
akan mencari penukar selain-Mu

(2) Ilahi
Jadikan kami di antara orang yang Kaupilih
untuk pendamping dan kekasih-Mu
yang Kauikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasih-Mu
yang Kaurindukan untuk datang menemui-Mu
yang Kauridhakan (hatinya) untuk menerima qadha-Mu
yang Kauanugerahkan (kebahagiaan) melihat wajah-Mu
yang Kaulimpahkan keridhaan-Mu
yang Kaulindungi dari pengusiran dan kebencian-Mu
yang Kaupersiapkan baginya kedudukan siddiq di samping-Mu
yang Kauistimewakan dengan makrifat-Mu
yang Kauarahkan untuk mengabdi-Mu
yang Kautenggelamkan hatinya dalam iradah-Mu
yang Kaupilih untuk menyaksikan- Mu
yang Kaukosongkan dirinya untuk-Mu
yang Kaubersihkan hatinya untuk (diisi) cinta-Mu
yang Kaubangkitkan hasratnya akan karunia-Mu
yang Kauilhamkan padanya mengingat-Mu
yang Kaudorong padanya mensyukuri-Mu
yang Kausibukkan dengan ketaatan-Mu
yang Kaujadikan dari makhluk-Mu yang saleh
yang Kaupilih untuk bermunajat pada-Mu
yang Kauputuskan daripadanya segala sesuatu
yang memutuskan hubungan dengan-Mu

(3) Ya Allah
Jadikan kami di antara orang-orang yang
kedambaannya adalah mencintai dan merindukan-Mu
nasibnya hanya merintih dan menangis
dahi-dahi mereka sujud karena kebesaran-Mu
mata-mata mereka terjaga dalam mengabdi-Mu
air mata mereka mengalir karena takut pads-Mu
hati-hati mereka terikat pada cinta-Mu
Kalbu-kalbu mereka terpesona dengan kehebatan-Mu
Wahai Yang cahaya kesucian-Nya bersinar dalam pandangan para
pen¬cinta-Nya
Wahai Yang kesucian wajah-Nya membahagiakan hati pada pengenal-Nya
Wahai Kejaran Kalbu para perindu
Wahai Tujuan Cita para pecinta

Aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu
dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu
Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu
Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada ridha-Mu
kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu
Anugerahkan padaku memandang-Mu
Tataplah diriku dengan tatapan kasih dan sayang
Jangan palingkan wajah-Mu dariku
Jadikan aku dari penerima anugerah dan karunia-Mu
Wahai Pemberi Ijabah, ya Arhamar-Rahimin

Munajat ini adalah munajat Imam Ali Zainal Abidin (sa), cucu
Rasulullah saw.
(As-Shahifah As-Sajjadiyah, Munajat ke 9: 296)

Rabu, 18 November 2009

Tajuk Khutbah Jumaat 20/11/2009: BAI'AH AQABAH PEMANGKIN TERDIRINYA DAULAH ISLAMIAH


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 70 surah al-An’am :

وذر الذين اتخذوا دينهم لعبا ولهوا وغرتهم الحيــوة الدنيا وذكر به إن تبسل نفس بما كسبت ليس لها من دون الله ولى ولاشفيع وإن تعدل كل عدل لايؤخذ منها أولئك الذين ابسلوا بما كسبوا لهم شراب من حميم وعذاب أليم بما كانوا يكفرون

Maksudnya : Dan tinggalkanlah mereka yang menjadikan agama mereka sebagai mainan dan senda gurau. Dan mereka telah ditipu dengan kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan al-Quran agar mereka tidak dijerumuskan ke dalam neraka kerana perbuatan mereka sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak ada pula pemberi syafaat selain daripada Allah S.W.T. Dan jika dia menebus dengan segala macam tebusan pun nescaya tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah mereka yang dijerumuskan ke dalam neraka disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi mereka disediakan minuman daripada air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekufuran mereka dahulu

Kedatangan bulan Zulhijjah amat dirasai kegembiraan oleh umat Islam terutama para jemaah haji di Kota Mekah. Esok adalah 9 Zulhijjah atau hari Arafah di mana kita yang tidak mengerjakan ibadat haji disunatkan untuk berpuasa di mana antara kelebihan berpuasa hari Arafah ialah diampuni dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Rebutlah peluang yang datang sebelum ia hilang. Setelah itu umat Islam akan menyambut Eidil Adha dengan sama-sama memperbanyakkan takbir seterusnya melakukan ibadat korban bagi yang mampu. Sepatutnya kemeriahan Eidil Adha lebih terasa kerana kita disunatkan untuk memperbanyakkan takbir sebelum hari raya lagi dan berakhir pula pada hari terakhir bagi hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah.

Setiap kali menyambut hari raya maka umat Islam sentiasa melaungkan kalimah yang membuktikan bagaimana tentera Islam telah mengalahkan tentera bersekutu kuffar dalam Peperangan Ahzab atau Khandak. Ia dilaungkan bagi membangkitkan semangat serta peringatan kepada umat Islam bahawa penentangan tentera bersekutu kuffar sentiasa berlangsung dalam memerangi umat Islam. Jika kita lihat kepada sejarah sebelum serangan Ahzab ini maka kita dapati bagaimana jahatnya yahudi yang sepatutnya bersama Rasulullah s.a.w dan umat Islam tetapi bertindak menghasut kuffar yang lain terutama Quraisy agar meruntuhkan Daulah Islamiah Madinah. Walau pun yahudi mengetahui bahawa negara Islam pimpinan Rasulullah s.a.w adalah negara yang adil terhadap semua agama namun atas rasa dendam serta benci kepada Islam yang berjaya menghapuskan sistem riba serta beberapa lagi bentuk penindasan yang mereka lakukan sebelum ini maka yahudi melakukan pengkhianatan yang besar ini. Sikap yahudi ini kadang-kadang ditiru oleh umat Islam sendiri akibat gila kuasa dan harta sehingga mereka sanggup melawan golongan yang telah mengharamkan arak dan judi serta hiburan yang melalaikan. Mereka terpengaruh dengan makna Islam mengikut tafsiran Lord Reid iaitu untuk adat dan ibadat khusus sahaja serta berkaitan individu bukannya agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Mereka menganggap Islam sebahagian daripada negara bukannya negara sebahagian daripada Islam. Mereka faham bahawa Islam agama yang diperintah sehingga boleh diambil apa yang berkenan dan ditolak apa yang bercanggah dengan nafsu sedangkan Islam agama memerintah yang memastikan kita tunduk kepada semua kehendak wahyu dengan menolak segala hasutan nafsu.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Apabila menyebut tentang Daulah Islamiah maka kita perlu tekankan bagaimana usaha dalam mendirikannya seterusnya peranan dalam mengisi segala tuntutannya serta kewajipan dalam mempertahankannya. Sempena kedatangan bulan Zulhijjah maka amat sesuai untuk kita menyentuh bagaimana usaha Rasulullah s.a.w ke arah mendirikan Daulah Islamiah dalam memastikan segala aspek kehidupan yang telah digariskan oleh Islam dapat dilaksanakan di mana pada bulan Zulhijjah tahun ke 13 selepas kenabian telah berlangsungnya Bai’ah Aqabah Kedua antara nabi dengan rombongan Aus dan Khazraj dari Madinah. Jika dalam Bai’ah Aqabah Pertama yang berlangsung setahun sebelum itu di mana isi kandungan taat setia lebih banyak menyebut tentang pembinaan peribadi dan masyarakat muslim yang berkaitan aqidah dan akhlak antaranya mengenai ikrar untuk menjauhi mencuri, zina, membunuh anak-anak, berbohong serta perlaksanaan Islam dalam semua bidang. Manakala dalam Bai’ah Aqabah Kedua mula disebut tentang kesanggupan dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w setelah berhijrah ke Madinah nanti disamping sanggup memerangi siapa sahaja yang memusuhi Islam termasuk yahudi yang merupakan rakan kongsi Aus dan Khazraj selama ini.

Jika melalui Bai’ah Aqabah Pertama telah menyaksikan begitu ramai penduduk Madinah memeluk Islam maka Bai’ah Aqabah Kedua pula menambahkan lagi keyakinan penduduk Madinah untuk menerima nabi sebagai pemimpin yang wajib dipertahankan. Melalui kedua-dua Bai’ah inilah yang memudahkan tugas Rasulullah s.a.w dalam mendirikan Daulah Islamiah di Madinah selepas hijrah.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa besar dan bersejarah ini ialah persiapan ke arah mendirikan Daulah Islamiah adalah penting antaranya usaha dalam memberi penjelasan kepada rakyat tentang keperluan dan kebaikan yang ada pada Daulah Islamiah untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Umat Islam juga perlu diberi keyakinan bahawa tugas mendirikan Daulah Islamiah merupakan antara perkara yang wajib dilaksanakan bagi membolehkan kesemua system Islam dapat dilaksanakan. Umat Islam juga mesti berani dalam menegakkan Daulah Islamiah dan bersungguh dalam mengisi segala tuntutannya serta mempertahankannya daripada sebarang ancaman.

Daulah Islamiah yang mempunyai roh agama yang memastikan pembinaan tamadun kemanusiaan dan kebendaan dapat berjalan serentak merupakan suatu yang diakui oleh umat manusia termasuk bukan Islam tentang keadilannya. Namun akibat telah lama tidak didirikan maka di sana banyak persoalan dan pertanyaan yang timbul disamping sikap permusuhan terhadap Islam yang begitu menebal dalam hati musuh Islam yang memandang bahawa terbinanya Daulah Islamiah akan menggugat kepentingan agama masing-masing apabila manusia sudah pasti akan menerima Islam sebagai cara hidup. Sebab itulah pelbagai usaha yang dilakukan bagi memastikan Daulah Islamiah tidak ditegakkan. Musuh Islam menanamkan pelbagai tuduhan buruk terhadap Daulah Islamiah agar usaha dalam membinanya terbantut.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Umat Islam sendiri yang kurang yakin terhadap Qadha’ dan Qadar serta hari akhirat kadang-kadang mempertikaikan hukum Islam. Mereka boleh terima bahawa orang Islam sahaja yang wajib sembahyang dan puasa bulan Ramadhan sedangkan orang kafir tidak wajib tetapi mereka tidak boleh terima orang Islam dikenakan hudud contohnya dalam kes zina tetapi orang bukan Islam tidak kena akibat tidak faham agama dan juga tidak yakin bahawa orang Islam yang dikenakan hudud akan dilepaskan daripada hukuman neraka di akhirat sedangkan orang bukan Islam yang tidak dikenakan hudud tidak terlepas daripada siksaan akhirat. Mereka turut menuduh bahawa hukuman ini akan menggalakkan orang bukan Islam untuk melakukan jenayah terhadap orang Islam. Kita mesti yakin terhadap janji Allah S.W.T yang menjanjikan pencegahan melalui perundangan Islam kerana jika kita lihat kepada kes rogol dan bunuh yang berlaku pada hari ini maka didapati hampir kesemua pelakunya adalah orang Melayu. Mengapa tidak dipersoalkan bagaimana perundangan sekuler yang sedia ada bukan sahaja tidak mampu menjaga orang bukan Islam malah umat Islam sendiri. Inilah yang dikatakan pandangan berat sebelah di mana apabila sebut sahaja Islam maka ada saja alasannya tetapi bila disebut ideology dan perundangan ciptaan manusia maka boleh ditelan bulat-bulat tanpa banyak soal.

Jika manusia boleh menerima pemimpin sebuah negara komunis adalah komunis, negara sosialis adalah sosialis dan sekuler adalah pemimpin sekuler sendiri bukan penentangnya maka mengapakah dipersoalkan negara Islam mesti melantik pemimpin beragama Islam. Jika rakyat negara ini boleh terima perundangan penjajah yang tidak bersangkut paut dengan agama mereka maka mengapa mereka mesti benci kepada perundangan Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini. Mengapakah kegagalan demi kegagalan perundangan manusia dalam menangani masalah jenayah tetapi ia diteruskan juga. Hukuman terbaru iaitu gantung sampai mati ke atas perogol yang membunuh pada zahirnya adil tetapi hakikatnya zalim kerana tiada jaminan daripada Allah S.W.T sebagai pencegah malah di akhirat nanti pesalah tersebut akan disiksa oleh Allah S.W.T. Sedangkan jika dijatuhkan hukum Qisas iaitu bunuh balas maka pesalah ini dilepaskan daripada siksaan di akhirat dan ada pula jaminan pencegahan daripada Allah S.W.T. Begitu juga baru-baru ini banyak cadangan agar perogol tanpa membunuh disebat depan orang ramai di mana ini juga zalim kerana di akhirat nanti sekali lagi akan dihukum oleh Allah S.W.T dan tiada jaminan pencegahan oleh Allah S.W.T. Sedangkan jika dijatuhkan hukuman rotan depan khalayak ramai mengikut hudud maka ia ada jaminan pencegahan daripada Allah S.W.T dan di akhirat nanti akan terlepas daripada siksaan. Hukum bunuh dalam perundangan dunia tidak sama dengan hukum bunuh dalam Qisas. Begitu juga hukum sebat perundangan manusia tidak sama dengan hukum rotan perundangan hudud. Mengapa ada umat Islam yang boleh terima hukum bunuh perundangan manusia sedangkan mereka tidak boleh menerima hukum bunuh balas mengikut Qisas. Mengapa mereka boleh terima hukuman sebat perundangan manusia sedangkan tidak dapat menerima hukuman rotan Hudud. Ingatlah bahawa manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T di mana tidak boleh sama sekali kita menzalimi mereka walau pun mereka adalah penjenayah dengan menjatuhkan hukuman yang bercanggah dengan perundangan Allah S.W.T. Setiap pemerintah akan dipertanggungjawab dengan setiap hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah samada bertepatan dengan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T atau sebaliknya. Setiap rakyat akan ditanya tentang sebab mengekalkan pemimpin yang melaksanakan hukuman yang bercanggah dengan Islam pada hari akhirat nanti. Oleh itu kembalilah kepada ajaran Islam yang menyeluruh agar kita tidak dibangkitkan di hadapan Allah S.W.T sebagai orang yang zalim dan bersalah samada sebagai pemimpin atau pengikut.

Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Qosas :

وقالوا إن نتبع الهدى معك نتخطف من أرضنا أولم نمكن لهم حرما ءامنا يجبى إليه ثمرت كل شيء رزقا من لدنا ولكن أكثرهم لايعلمون

Maksudnya : Dan mereka yang kufur berkata : “ Jika kami mengikut petunjuk bersama engkau nescaya kami akan diusir dari negeri kami”. Bukankah Kami telah melindungi mereka dan menjadikan tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman lalu dibawa hasil tanaman dari segala jenis rezeki sebagai pemberian dari Kami. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 16 November 2009

NILAI PENGORBANAN

Mengimbas kembali salah satu daripada peristiwa besar dalam islam iaitu peristiwa isra’ dan mikraj Rasulullah SAW, sesungguhnya di sebalik peristiwa tersebut ada episod yang terlalu susah dan payah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW sebelum menerima jemputan istimewa daripada Allah SWT iaitu pengorbanan baginda dalam menyebarkan agama islam.

Sepertimana yang kita maklum dan yakini bahawa baginda Rasulullah SAW adalah salah seorang Rasul yang ulul azmi yang mewah dengan kesabaran, yang rimbun dengan ketabahan, yang pasrah pada himpitan hidup masyarakat jahiliyah demi agama islam yang tercinta.

Islam adalah agama yang syumul, yang sempurna, merangkumi semua aspek dan sudut sama ada kehidupan dunia mahupun akhirat. Perlu ditekankan bahawa agama islam terpancar disepenjuru dunia hasil daripada titisan pengorbanan yang besar dan halangan ranjau yang terlalu perit untuk ditempuh dan dihadapi.

Junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah insan yang terlalu banyak menghadiahkan pengorbanan masa, pengorbanan usia, pengorbanan harta malah mengorbankan perasaan demi meninggikan syiar agama islam, agama yang hanya diredhai Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT didalam surah ali-Imran :19 yang bermaksud:
“ Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah adalah agama Islam”.

Tatkala Abu Jahal menerima tamparan hebat hasil daripada penerimaan masyarakat Makkah terhadap dakwah yang dibawa oleh seseorang yang terkenal dengan kejujuran dan keikhlasannya, maka dengan kemarahan yang bersangatan bergegas dia bertemu dengan Rasulullah SAW untuk memujuk dan merayu agar beliau menghentikan dakwah tersebut namun jawapn yang diterimanya adalah sungguh mengecewakan, walaupun imbuhan dan pampasan yang ditawarkan kepada Rasulullah.

Walaupun bayaran dan sogokkan yang dijanjikan kepada Rasulullah adalah hampir seluruh kekayaan di Tanah Arab pada ketika itu namun ungkapan dan jawapan yang diterimanya dari Baginda Rasulullah tetap sama, dan sama sekali tidak akan berubah,

Walaupun dibebankan matahari di telapak kanan dan disandarkan bulan di telapak kiri membujur lalu melintang patah, agama islam tetap ditegakkan.
Baginda Rasulullah SAW korbankan nafsu insani demi kegemilngan agama islam. Baginda Rasulullah belakangkan tuntutan kejam nafsu dunia demi agama Islam. Baginda Rasulullah menoleh jauh dari menjamah harta dan kenikamatan dunia demi meletakkan agama islam di atas puncak persada yang paling tinggi dan suci. Bukan untuk bermegah-megah. Bukan dengan aroma riya’ walau sebesar zatpun, tetapi dengan heningan keikhlasan......Lillahi Ta’ala.

Pengorbanan nafsu bukannya perkara yang mudah untuk kita laksanakan apatah lagi keseronokan dan keunikan duniawi yang terhidang di hadapan mata kita terlalu menghairahkan, terlalu kuat mencekam nafsu dan tanpa iman yang benar-benar kukuh dan keyakinan terhadap Allah yang benar-benar ampuh, kita tidak akan mampu untuk melakukan sepertimana yang Baginda Rasulullah SAW lakukan. Semakin lama dakwah Nabi Muhammad SAW lakukan, maka semakin lama semakin hebat dan dahsyat penentangan kaumnya dan semakin berlimpah pengorbanan yang perlu dilakukan sehingga pada suatu ketika semasa baginda dalam sujudnya menghadap Allah SWT, belakang Baginda disimbah dengan najis unta malah Baginda Rasulullah diludah oleh Uqbah atas arahan Ubai Bin Khalaf kerana mereka semakin takut Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW akan menghancur leburkan kebohongan berhala Osiris, berhala Isis, berhala al-Latta dan Uzza tuhan kaku mereka. Malah peristiwa di Thaif amat menyakiti Baginda bukan hanya luka pada kakinya tetapi ajakannya ditolak, dakwahnya tidak diterima akhirnya menghalau Baginda Rasulullah seperti pengemis yang hina. Pengorbanan ini bukan sahaja menjadi ikutan para sahabat malah pancaran pengorbanan inilah yang menebar sinaran keseluruh pelusuk dunia yang sebelumnya diselubungi oleh kepekatan, oleh kekejaman, oleh kekufuran dan kejahilan manusia.

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT bukan sekadar untuk menghimpunkan manusia di sekitar keharuman namanya tetapi adalah untuk menyambung hubungan manusia dengan kebenaran yang sekian lama terkubur oleh keangkuhan dan kejahilan
Marilah kita bersama-sama menjejaki apa yang telah digariskan oleh baginda junjungan dalam misi melaksanakan dakwah islamiah demi untuk mencari kecemerlangan agama islam yang lampau. Ingatlah bahawa pengorbanan yang kita lakukan hari ini sama ada pengorbanan masa, pengorbanan harta dan usia akan kita temui ganjarannya di akhirat kelak. Perpecahan umat islam hari ini adalah disebabkan umat islam tidak berani untuk melakukan pengorbanan demi agama kerana tuntutan duniawi lebih bersinar, lebih menghairahkan didepan mata, kerana sikap tamak dan nafsu haloba telah menutup lapan lapis keimanan kita.

Marilah kita bersama-sama menjadikan sirah nabi sebagai wadah panduan untuk kita memantapkan lagi gerak dakwah kita demi agama islam yang tercinta, agama islam yang diredhai oleh Allah SWT. Semoga hasil dari pengorbanan yang kita lakukan akan meletakkan martabat agama islam di aras yang paling mulia di dunia ini.

Sabtu, 14 November 2009

Berkasih sayang



Imam Hasan Al-Banna pernah berkata:

"Berkasih-sayanglah antara kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah(Bersatulah) kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka."

Kunci untuk mencapai kebangkitan yang Haq adalah dengan berkasih-sayang antara kita saudara Islam mahupun bukan Islam.. tidak kita kita berbangsa apa sekalipun baik cina, india, myammar, bangla, melayu, indon atau apa2 sekali pun jgn kita memandang rendah kaum antara satu sama lain. tanggunjawab kita adalah untuk menyebarkan Islam kepada mereka yang belum mengetahui Islam dan bukannya terus melabel mereka dengan "kafir" , sedangkan mereka sendiri pun tak nampak apa kebaikan dalam Islam jika kita(Muslim) sendiri tidak mampu tunjukkan Islam yang sebenar.


Ingat Sabda Rasulullah saw:

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assobiyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assobiyah, bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar-dasar assobiyah" (Hadis Riwayat Imam Muslim)

"Betapa aku cinta padamu"

Di saat menghitung dosa-dosa aku kepada Mu Tuhan
Aku tahu Kau sedang melihat hambaMu ini
yang terlupa asal usul kejadiannya
yang selalu hanyut dengan keasyikan dunia
hingga terabai segala amanah yang Kau berikan

Tuhan..
Betapa aku rindu menghadapMu
Tapi aku malu denganMu
Malu dengan lambakan dosa aku padaMu
Malu dengan sikapku yang meminta-minta padaMu
sedang diri sering ulangi kesilapan demi kesilapan
Tidaklah layak bagiku mendapat syurga disisiMu
Tapi berilah aku secebis CINTAMU kepada ku
agar luluh diriku bila kenangkan RahmatMU

Ya Tuhanku
siapalah aku untuk berada dimuka bumiMu ini
lantas menjejakkan kaki di atasnya
Kemana untukku berlari?lari dari pandanganMU
Sungguh tidak mampu aku lari dari sifatMu yang Maha Melihat

Tuhan..
alam ciptaanMu cantik sekali
Bukit yang kau dirikan
Langit yang kau apungkan
Laut yang Kau hamparkan
Siapalah aku untuk mencipta semua itu
Besar sungguh KUASA Mu ya Allah..
Lantas memikirkan kerdilnya aku dihadapanMu
Aku takut untuk ingkar kepadaMu Tuhan
Aku takut...

Ya Tuhanku
Aku ingin mati dalam Kasih SayangMu
Mati yang pasti berjumpa denganMu
untuk aku senyum dihadapanMu
Berjumpa dengan pencipta segala Pencipta
Rabbull alamin..

Biarlah air mata ini mengalir
Mengalir semata-mata mengenangkan GhafarMu
Agar bisa semangatku pulih semula
kerana
Harapanku PadaMu Subur Kembali..

Jumaat, 13 November 2009

Asas-asas akhlak mulia

Ketahuilah bahwa para Salaf menganggap budi pekerti yang baik itu laksana sebutir buah atau tujuan sesuatu perkara. Lihat apa yang dikatakan oleh al-Hasan rahimahullah iaitu: Budi perkerti yang baik itu adalah menunjukkan wajah yang manis, suka membelanjakan harta kekayaan dan mencegah hal-hal yang boleh menyakiti hati orang lain.

Pada lain peristiwa al-Hasan berkata lagi: Budi pekerti yang baik itu ialah mendapatkan keredhaan manusia pada masa kesenangan dan masa kesusahan.

Ada pengertian-pengertian yang lain lagi dalam hal ini, tetapi pokoknya sama: iaitu terasnya akhlak yang terpuji.

Adapun hakikat budi pekerti itu, ialah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan-perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan. Jika yang terbit dari perilaku itu, ialah perbuatan-perbuatan yang elok dan terpuji, menurut ukuran akal mahupun syara’, maka perilaku itu dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya jika yang terbit pula perbuatan-perbuatan yang jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu, dinamakan budi pekerti yang jahat.

Sebab kita katakan, bahwa perilaku itu meresap dalam jiwa, ialah kerana kalau terbit dari seseorang itu perbuatan mengorbankan harta bendanya secara tidak selalu, melainkan kerana timbulnya sesuatu keperluan yang mendadak saja, maka tidaklah boleh dinamakan orang itu bersifat murah hati, selagi sifat suka mengorbankan harta benda itu tidak tetap meresap dalam jiwanya.

Begitu pula, bila kita mensyaratkan, bahwa perbuatan-perbuatan itu mestilah terbit dari orang itu dengan jiwa yang tenang, tanpa pemikiran atau pertimbangan, kerana orang yang mencuba mengorbankan harta bendanya, ataupun orang yang mencuba mendiamkan diri ketika sedang marah dengan paksaan atau pertimbangan, tidak boleh dikatakan orang itu bersikap murah hati atau pun bersikap penyantun.

Adapun pokok akhlak yang mulia dan asasnya adalah empat:

(1) Hikmat atau kebijaksanaan

(2) Syaja’ah atau keberanian

(3) ‘Iffah atau kebersihan jiwa

(4) ‘Adl atau keadilan

Yang dimaksudkan dengan kebijaksanaan ialah suatu keadaan dalam diri yang mana menerusinya ia dapat membezakan yang benar dari yang salah dalam semua hal-ehwal ikhtiariah (perbuatan pilihan diri sendiri).

Yang dimaksudkan dengan keberanian, ialah bahwa keadaan marah yang sedang meluap-luap itu dapat dituntun oleh akal untuk terus memajukan keberanian itu ataupun menahannya dari berlaku.

Yang dimaksudkan dengan kebersihan jiwa, ialah menahan kemahuan syahwat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada petunjuk akal dan syara’.

Yang dimaksudkan dengan keadilan, ialah suatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahwat, lalu membimbing keduanya ke arah kebijaksanaan, serta menetukan bila masanya boleh diikutkan, dan bila pula harus dikekang dari berlaku menurut hal dan keadaan yang dihadapinya.

Dengan menegakkan keempat-empat sifat yang tersebut di atas tadi, barulah dapat dilengkapi diri dengan semua akhlak dan budi pekerti yang indah.

Al-Quran al-Karim telah mengenalkan kepada kita semua akhlak dan budi pekerti yang mulia, mengenai sifat-sifat para Mu’minin dengan firmanNya:

“Hanyasanya orang-orang Mu’minin itu ialah mereka yang beriman dengan Allah dan RasuluNya, kemudian mereka tiada ragu-ragu lagi lalu berjuang dengan harta dan jiwa pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.” (al-Hujurat: 15)

Beriman kepada Allah dan RasulNya tanpa keraguan dalam hati itulah yang dinamakan keyakinan kuat yang menjadi teras akal fikiran dan puncak kebijaksanaan. Berjuang dengan harta kekayaan ialah bersifat murah hati yang bakal memimpin untuk membatasi kekuatan syahwat. Manakala berjuang dengan jiwa pula, ialah bersifat berani yang bakal memimpin untuk menggunakan kemarahan yang meluap-luap itu menurut petunjuk akal dan batasan syara’.

Allah s.w.t telah mensifatkan para sahabat dengan berfirman dalam al-Quran:

“Mereka itu amat keras terhadap orang-orang kafir, tetapi belas kasihan antara sama sendiri.” (al-Fath: 29)

Ini jelas menunjukkan bahwa sifat kekerasan itu ada tempatnya yang tertentu, manakala sifat belas kasihan pula mempunyai tempatnya yang lain pula. Bukanlah kesempurnaan itu, ketika melakukan kekerasan pada setiap tempat dan keadaan. Demikian pula dengan melakukan belas kasihan pada semua tempat dan keadaan.

Magnet Cinta Allah

ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.

Maka seorang manusia itu akan mengasihi keluarga, harta dan tempat kediamannya. Namun, tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan akhirat lebih dikasihi daripada kecintaan terhadap Allah dan Rasul.
Jika berlaku sedemikian, maka dia adalah orang yang kurang imannya dan wajib dia berusaha untuk menyempurnakan keimanannya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)

Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada Allah sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.

Saban waktu sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya.

Menyebut cinta kepada Allah atau menyebut nama Allah terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan Allah itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.

Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.

Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai Allah ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan Allah yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika, pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung.

Allah berfirman sebagai mengingatkan hamba-hambaNya dengan nikmat-nikmat ini: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl: 18).

Hanya dengan merenung sejenak, kita akan mendapati bahawa Allah adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga.

Saban hari, kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya?

Punca bagi segala permasalahan ini ialah butanya mata hati, ceteknya tauhid dan pengetahuan manusia tentang Allah. Tidak mungkin seseorang itu mengasihi sesuatu jika dia tidak mengenalinya. Cinta hanya akan datang setelah didahului dengan pengenalan.

Pada hari ini, manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Oleh kerana itu, hati mereka gersang dari cinta ilahi, cinta yang hakiki. Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi Pemiliknya yang mutlak dilupai sehingga segala suruhan dan larangan-Nya tidak dipeduli.

Agama Tuhan hendak ditegakkan tetapi Tuhan Pemilik agama itu tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana tuhan hendak dikenali, apatah lagi dicintai.

Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah, Allah meletakkannya di kedudukan yang hina; menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya.

Tanda cinta kepada Allah

Ramai manusia yang mengaku mencintai Allah tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenal pasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.

Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan Allah tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya." Sebahagian salaf berkata: "Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya."

Sufyan al Thauri dan Bisyr al Hafi berkata: "Tidak membenci kematian melainkan orang yang ragu dengan tuhannya kerana kekasih itu pada setiap masa dan keadaan tidak membenci untuk bertemu dengan kekasihnya.

Allah SWT berfirman: Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (al-Baqarah: 94)

Seseorang itu tidak suka kepada kematian kadang kala disebabkan kecintaannya kepada dunia, sedih untuk berpisah dari keluarga, harta dan anak-anaknya. Ini menafikan kesempurnaan kasihnya kepada Allah kerana kecintaan yang sempurna akan menenggelamkan seluruh hatinya.

Namun, ada kalanya seseorang itu tidak suka kepada kematian ketika berada pada permulaan makam Mahabbatullah. Dia bukan membenci kematian tetapi tidak mahu saat itu dipercepatkan sebelum dia benar-benar bersedia untuk bertemu dengan Kekasihnya. Maka dia akan berusaha keras bagi menyiapkan segala kelengkapan dan bekalan sebelum menjelangnya saat tersebut. Keadaan ini tidak menunjukkan kekurangan kecintaannya.

Orang yang mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yang disukai Allah daripada kesukaannya zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Kekasihnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya.

Orang yang mengikut nafsunya adalah orang yang menjadikan nafsu sebagai tawanan dan kekasihnya, sedangkan orang yang mencintai Allah meninggalkan kehendak diri dan nafsunya kerana kehendak Kekasihnya.

Bahkan, apabila kecintaan kepada Allah telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi merasa seronok dengan selain Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.

Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata: "Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian". (Ihya' Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225)

Kecintaan kepada Allah merupakan sebab Allah mencintainya. Apabila Allah telah mengasihinya, maka Allah akan melindunginya dan membantunya menghadapi musuh-musuhnya. Musuh manusia itu ialah nafsunya sendiri.

Maka Allah tidak akan mengecewakannya dan menyerahkannya kepada nafsu dan syahwatnya. Oleh yang demikian Allah berfirman: Dan Allah lebih mengetahui berkenaan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). (al-Nisa': 45)

Orang yang mencintai Allah, lidahnya tidak pernah terlepas dari menyebut nama Kekasih-Nya dan Allah tidak pernah hilang dari hatinya. Tanda cinta kepada Allah, dia suka menyebut-Nya, suka membaca al Quran yang merupakan kalam-Nya, suka kepada Rasulullah SAW dan suka kepada apa yang dinisbahkan kepada-Nya.

Orang yang mencintai Allah kegembiraan dan keseronokannya bermunajat kepada Allah dan membaca Kitab-Nya. Dia melazimi solat tahajjud dan bersungguh-sungguh beribadah pada waktu malam yang sunyi dan tenang. Sesiapa yang merasakan tidur dan berbual-bual lebih lazat daripada bermunajat dengan Allah, bagaimanakah hendak dikatakan kecintaannya itu benar? Orang yang mencintai Allah tidak merasa tenang melainkan dengan Kekasihnya. Firman Allah: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al Ra'd: 28)

Orang yang mencintai Allah tidak merasa sedih jika kehilangan sesuatu dari dunia ini tetapi amat sedih jika hatinya tidak lagi memiliki cinta kepada Allah. Besar kesalahan baginya jika ada saat-saat yang berlalu tidak diisi dengan zikrullah dan ketaatan kepadaNya, apatah lagi jika melakukan larangan Allah.

Orang yang mencintai Allah juga, merasa nikmat dan tidak berasa berat melakukan ketaatan. Dia tidak merasa ketaatan yang dilakukan semata-mata kerana tunduk dengan perintah-Nya tetapi dilakukan kerana kecintaan terhadap Kekasihnya. Imam al Junaid r.a berkata: "Tanda orang yang cintakan Allah, sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya."

Dia tidak pernah merasa sakit menghadapi cercaan orang-orang yang mencercanya kerana melaksanakan perintah Allah. Semua yang datang dari Kekasihnya sama ada suka atau duka diterima dengan hati yang gembira dan reda.

Orang yang telah mengenal dan mengecapi cinta Allah tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah magnet cinta Allah. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta Allah, cinta yang hakiki dan sejati.

Madah Ukhwah.....


‘Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan. Kenangi sebuah persahabatan kerana di situ tercipta kerinduan, hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan.’

Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdoa janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh.

Kata2 imam al Ghazali 'Apabila kamu suka kepada seseorang itu, maka sukalah dengan berpada pada kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan membencinya. Apabila kamu benci kepada seseorang itu, maka bencilah dgn berpada pada, kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan menyukainya'

'sahabat itu dilihat dari agama ...' Setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar (mengutamakan org lain dari kepntgn dirinya) , manakala serenda- rendah ukhuwwah ialah salamatus sodri (berbaik sangka)....

“Jika engkau ingin bersahabat dengan seseorang, buatlah dia marah. Maka, jika dia tetap berlaku adil kepadamu dalam kemarahannya, jadikanlah ia sahabatmu. Tetapi jika tidak demikian tinggalkanlah dia” Saidina Ali

Penulis buku Al Awaiq, Muhammad Ar Rasyid berkata, "Setiap orang akan bertindak dan memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan. Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya."

..sahabat-sahabat fahamilah erti ukhuwwah..ia bukan ungkapan kata pemanis bicara atau penghibur ayat madah berbunga..tapi maksudnya cukup dalam..,sehinggakan orang yang berukhuwwah kerana ALLAH dijanjikan-NYA mendapat lindungan di saat tiba hari yang tiada perlindungan melainkan lindungan Allah semata-mata..salam ukhuwwah fillah.

Rabu, 11 November 2009

Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan

Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah islamiyyah kita, bahkan ia mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.

Ketika artikel ini ditulis sudah hampir 400 rakyat Gaza yang dibunuh kejam. Di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Pelindung Israel tersebut pantang ada kegiatan yang dianggap ganas yang dilakukan mereka yang mendakwa muslim terus sahaja dia akan besar-besarkan dan tindakan memeranginya secara membabi buta akan dilancarkannya.

Namun setiap kali Israel melakukan keganasan, dialah yang akan mempertahankannya. Tidak jika Amerika itu digelar syaitan. Bahkan ketika Gaza diserang ganas oleh Israel ketika ini, Bush mengistiharkan HAMAS itulah pengganas. Malanglah umat Islam jika masih ingin mengharapkan dari Amerika.

Demokrasi yang kononnya hendak dijuarai oleh Amerika di dunia Arab hanyalah permainan politik semata. Umpamanya Mesir, sekalipun tampuk kuasa yang ada pada hari ini meminggirkan demokrasi dan mengkhianatinya, namun tampuk tersebut terus dipertahankan oleh Amerika disebabkan berbagai kepentingannya.

Antaranya, Mesirlah pada hari ini yang menghalang kemasukan bantuan melalui sempadannya dengan Palestin. Sukar bagi syaitan berwatak malaikat. Saya tidak pasti dengan lobi Yahudi yang kuat dalam politik Amerika, apakah Obama akan mampu berbuat sesuatu?

Beberapa hari saya menyertai demontrasi membantah kekejaman Israel di hadapan Kedutaan Israel di London. Bersama saya Saudara Maszlee Malik yang sedang menyiapkan Ph.D di sini. Beliau banyak menulis dan membabitkan diri dalam isu-isu Palestin. Juga Saudara Wan Saiful Wan Jan, orang melayu yang aktif dalam politik British dan menjadi calon Parti Liberal Konservatif di UK ini.

Ramai yang menyertainya. Bukan sahaja orang Islam dan Arab, turut sertai juga mereka yang bukan muslim yang terdiri daripada ‘orang putih dan tidak putih’ UK ini. Dato’ Seri Shahidan Kassim yang sekali lagi datang ke London juga turut hadir.

Selama seminggu demonstasi berjalan di London. Bukan sahaja di hadapan Kedutaan Israel, orang ramai turut berdemontrasi di hadapan Kedutaan Mesir kerana negara tersebut menutup sempadannya untuk bekalan makanan dan ubatan disalurkan kepada rakyat Palestin.

Hari Sabtu (hari artikel ini ditulis) demontrasi besar di seluruh London akan diadakan. Bantahan dibuat untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Ia melepasi batasan kepuakan atau kepartian yang sempit. Jika sesiapa yang hendak membantah Israel pun masih nak kempen parti, ternyata otaknya sama dengan Israel.

Demonstrasi sebegini, mempunyai peranannya yang tersendiri. Saya juga mengharapkan umat Islam dan masyarakat dunia mengadakannya. Ya, bagi umat Islam sepatutnya tugasan kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita diwajibkan membantu saudara seislam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita.

Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).

Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):

“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” (Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).

Namun atas kekangan keadaan yang ada. Ramai para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada kehendak Amerika, lalu mereka menjadi pelindung secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Lihat sahaja Mesir yang sanggup menutup sempadannya sehingga bantuan makanan dan ubatan tidak dapat sampai kepada rakyat Palestin, sehingga rakyat Palestin tidak dapat melepaskan diri kekejaman Israel.

Kita umat Islam menjadi umat yang tidak terdaya. Bukan sahaja bertindak, bahkan bersuara pun ramai yang takut. Tidak ramai pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad yang lantang dan berani untuk mengkritik dan berusaha membantah Amerika dan Israel. Ramai yang lain bergantung rahmat kepada Amerika. Bahkan bukan sedikit yang sedang ‘mengidam kerusi kuasa’ bertawakal harap dari Amerika.

Maka, di saat ini, sekurang-kurangnya demontrasi, atau apa sahaja bantahan yang tidak bercanggahan dengan Islam hendaklah dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkemampuan. Demikian juga bantuan kewangan. Di Malaysia, sepatutnya mereka yang memegang tampuk-tampuk pentadbiran agama, sama ada yang berada di atas kerusi politik, atau istana perlu menjadi kelompok yang paling lantang membantah dan menghulurkan bantuan.

Saya terharu ketika berjumpa dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu kami mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel.

Malanglah, jika yang mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keempukan takhta dan membisu seribu bahasa. Di mana pula Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini? Tidak adakah fatwa tentang apakah kewajiban umat Islam dalam isu Palestin? Setelah berletihan dengan isu yoga dan pengkid, tidakkah mahu difikirkan isu Palestin pula?

Jika tidak, malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin. Sabda Nabi s.a.w:

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)

Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Samada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain.

Kemudian, Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan.

Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan.

Sumber: Dr. Maza (Minda Tajdid)

 

Copyrigth 2009 Minda Abu Samah By ckama33 Skin Design: Free Blogger Template