Sesungguhnya perubahan yang mengikut ciri-ciri yang telah disebutkan itu merupakan suatu kefardhuan dari segi syara’ dan penting dari segi kemanusiaan.
Adapun dari segi syara’, dengan sebabkan terbengkalainya 'hakimiyah Allah' di muka bumi dan berkuatkuasanya sistem dan perundangan ciptaan manusia ke atas masyarakat umat manusia, wajib setiap orang Islam mengambil inisiatif melakukan perubahan dan memulakan cara hidup Islam sebagai memenuhi tuntutan Islam. Firman Allah swt yang bermaksud:
" Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. " (An-Nisa' : 64 )
"Tentang apapun kamu berselisih, maka putusannya terserah kepada Allah. Itulah Allah tuhanku. KepadaNya aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku kembali." ( As-Syura : 10 )
Usaha bagi mewujudkan sebuah masyarakat Islam tidak akan tercapai tanpa perubahan. Hukum-hukum dan kewajipan syara' tidak mungkin dilaksanakan tanpa negara, dan mengikut satu kaedah syara':
'Sesuatu yang tidak menyempurnakan satu kewajipan yang lain melainkan dengannya, maka ia juga wajib hukumnya.'
Perubahan Islam dianggap menjadi suatu perkara penting bagi umat manusia kerana banyak sebab dan alasan yang boleh kita simpulkan adalah seperti berikut:-
* Melepaskan umat manusia dari kehinaan dan kecelakaan yang diakibatkan oleh peradaban barat.
* Bankrapnya tamadun negara barat menjadikan perubahan Islam itu suatu keperluan yang mendesak kepada umat manusia.
* Hancur leburnya 'kayan-kayan' (bentuk) aqidah di dunia memerlukan kepada perubahan secara Islam dan penyelesaian Islam.
* Pandangan yang mendalam dan teliti terhadap kedudukan dunia Islam kini memerlukan perubahan Islam ini iaitu.
Ada negara-negara yang mendakwa sebagai negara Islam, dalam waktu yang sama memburukkan wajah Islam dan hakikat Islam dengan melakukan apa yang sebenarnya jauh dari Islam!
Ada negara-negara Islam lain yang mengadu bahawa ia dikuasai oleh parti-parti kiri atau kanan yang rakyatnya diperintah di bawah besi dan api, dan Islam diperangi tanpa ada tolak ansur lagi.
Ada negara Islam yang menjual diri dan maruah kepada blok timur mahupun blok barat, menjadikan rakyat dan hasil negaranya hanya bagi kepentingan penjajahan.
Kenyataan yang pahit ini sedang dialami oleh umat manusia dan dunia memerlukan perubahan itu hinggakan ia sampai ke peringkat wajib. Adalah penting untuk melepaskan dunia Islam dari keadaan yang ada, supaya Islam dapat mengambil pimpinan bagi menunjuk dunia kepada hidayah dan seterusnya melepaskan manusia dari kehilangan pegangan dan terkapai-kapai. Seperti Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (al-Baqarah : 143 )
Ada segolongan orang pula berpendapat bahawa perubahan Islam tidak ada faedahnya selain dari mendapat keredhaan Allah di akhirat dan terlepas dari siksaanNya. Tanpa menafikan pentingnya sudut akhirat, Perubahan Islam memberi keuntungan di dunia sebelum di akhirat. Antara lainnya:-
- Tercapainya keimanan kaum muslimin, kewujudan mereka, aqidah dan juga akhlak mereka.
- Tercapainya wahdah (Penyatuan) muslim dan kekuatan mereka yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah politik dan ketenteraan mereka.
- Tercapainya keadilan dan kecukupan dalam kehidupan berekonomi.
- Tercapainya kewujudan individu soleh, usrah solehah, masyarakat baik dan negara yang baik.
- Tercapainya gambaran dari prinsip perundangan dan sistem Islam dalam realiti bukan sahaja sebagai suatu ideal.
- Terbangunnya suatu kuasa ketiga antara dua blok yang sering bertentangan (timur/barat). Ini mengujudkan perimbangan di dunia dan menghentikan pertentangan antara kuasa timur dan kuasa barat serta pencabulan mereka yang berterusan ke atas keselamatan dan keamanan bangsa-bangsa yang lemah serta hak mereka untuk hidup merdeka sepenuhnya.
- Tercapainya kepimpinan Pemikiran Islam dan penguasaan 'manhaj' Islam selepas bankrapnya tamadun barat dan runtuhnya ideologi-ideologi taghut di dunia.
al-Marhum Syeikh Fathi Yakan
Utusan Malaysia
-
ARKIB : 20/07/2010
Jadikan Rasulullah ikon sepanjang zaman
SANDAKAN 19 Julai - Golongan belia Islam di negeri ini perlu menghindarkan
diri daripada teriku...
14 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan