Khamis, 5 November 2009

Sumber kemuliaan Umat Muhammad saw

Perkara yang menjadi asas kepada agama ini adalah dakwah (menyeru) kepada Allah swt, mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran. Dakwah pada amnya selalu dihungkaitkan dengan “ Amar Makruf Nahi Mungkar” dan hakikatnya, kedua-keduanya adalah amalan yang sama seprti kemanisan yang tidak dapat dipisahkan dari gula.. Cuma perbezaannya adalah di dalam pemahaman orang ramai mengenainya dan penghayatannya. Setelah sekian lama orang-orang islam bermalas-malasan bahkan telah tidur dari melakukan amanah Allah swt ini, ianya telah dilalaikan dan dipandang ringan oleh orang-orang islam.
Dakwah kepada Allah, mengajak kepada kebaikan adalah satu tugas yang mulia, sumber pengabdian yang tulen kepada Allah swt.dan tunggak kekuatan agama. Sumber kemuliaan umat ini adalah satu fadhilat ataupun kelebihan umat ini sahaja tetapi untuk umat menjadi mulia mereka mestilah menjalankan tugas tersebut

Sehubungan itu Allah swt telah berfirman didalam surah Ali-Imran ayat110 yang bermaksud:

"kamulah sebaik-sebaik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran".

Saidina Umar Al-Khattab(r.a) telah berkata di dalam mentafsirkan ayat ini.”Barang siapa menggembirakannya untuk menjadi sebahagian daripada ayat ini(menjadi umat yang terbaik), hendaklah dia menunaikan syarat-syaratnya iaitu mengajak kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.” Tegasnya menghidupkan kembali roh dakwah di dalam jasad-jasad orang islam.

Disediakan oleh: Mulyadi bin Kasimin@ Abu samah As-Sandakani
(Ketua Belia USIA Bahagian Sandakan).

0 ulasan:

 

Copyrigth 2009 Minda Abu Samah By ckama33 Skin Design: Free Blogger Template